Konsultasi HARTANAH

Membantu pemilik hartanah dalam memastikan proses jualan / sewaan lebih teratur, jelas, dan memenuhi keperluan pasaran semasa.

Perlukan Bantuan Profesional?

Jual atau sewa hartanah bukan sekadar letak iklan. Ia perlukan strategi yang betul untuk mendapatkan harga terbaik dan pembeli yang serius.

Penentuan Harga Pasaran

Elakkan menjual atau menyewakan di bawah harga pasaran! Kami membantu menilai harga hartanah anda berdasarkan data pasaran terkini.

Pemasaran yang Lebih Luas

Hartanah anda dipromosikan melalui portal hartanah utama, media sosial & iklan berbayar untuk capaian maksimum.

}

Jimat Masa & Urusan Lebih Mudah

Kami uruskan segala dokumentasi, rundingan, dan proses jual beli supaya anda boleh fokus kepada perkara lain.

Jaringan Pembeli & Penyewa Sedia Ada

Dengan rangkaian yang luas, kami menyambungkan hartanah anda kepada pembeli dan penyewa yang berminat.

 

Proses Jual & Sewa Hartanah

Setiap langkah dalam proses ini dikendalikan dengan teratur untuk memastikan urusan jual beli atau penyewaan hartanah berjalan dengan lancar dan profesional.

Penilaian & Strategi Harga

Sebelum hartanah disenaraikan untuk jualan atau sewaan, penilaian pasaran akan dilakukan bagi menentukan harga yang sesuai. Harga tersebut akan ditetapkan berdasarkan data pasaran terkini, lokasi, serta permintaan semasa supaya nilai terbaik dapat diperoleh.

Pemasaran Hartanah

Setelah penilaian selesai, hartanah akan dipromosikan melalui pelbagai platform digital. Untuk memastikan lebih banyak perhatian diterima, pemasaran digital akan digunakan, manakala gambar serta video profesional akan disediakan bagi meningkatkan daya tarikan hartanah.

Rundingan & Dokumentasi

Apabila pembeli atau penyewa yang berminat diperoleh, rundingan akan diuruskan untuk mendapatkan persetujuan harga terbaik. Selepas itu, dokumen jual beli atau perjanjian sewa akan disediakan, dan semakan akan dilakukan bagi memastikan semua dokumen lengkap serta mematuhi keperluan undang-undang. Jika diperlukan, bantuan daripada panel peguam hartanah akan diberikan bagi menjamin kelancaran transaksi.

Penyelesaian Transaksi

Setelah semua dokumen disahkan dan pembayaran diselesaikan, pemindahan hak milik akan dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan. Akhir sekali, serahan kunci akan dibuat kepada pembeli atau penyewa bagi menandakan selesainya urusan hartanah.

FAQ

Berapa lama proses jual/sewa hartanah biasanya mengambil masa?

Bergantung pada lokasi, harga, dan permintaan pasaran semasa. Dengan strategi pemasaran yang sesuai, ia boleh diselesaikan dalam beberapa minggu.

Adakah caj dikenakan sebelum hartanah dijual/disewa?

Tidak. Caj hanya dikenakan selepas transaksi berjaya diselesaikan.

Bagaimana cara menetapkan harga jualan/sewaan?

Harga ditentukan berdasarkan analisis pasaran dan nilai hartanah semasa.

Perlukan Bantuan?

Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau konsultasi percuma